Wednesday, 24 August 2016

Kembara Utara Semenanjung Malaysia

29 Ogos 2015 

mula berkemas untuk berangkat ke Taiping, Perak . Kami bermalam disana elama 2 hari di rumah opah. Kalau dari Putrajaya ke Penang mungkin akan mengambil masa yang lama. Lagipun Ummi nakjumpa o[ah n bawak anak2 berjumpa engan sanak saudara dahulu.. Antidaa ikut aje. sebab Antidaa kan bujang. Dan Antidaa pun suka je kalau balik kampung, lagi-lagi rumah opah tu memang real kampung. 

Ada sungai, ada hutan, ada bukit untuk di terokai.. Dan jamban di luar rumah. Memang mencabar keimanan betul. Lebih lagi kalau nak terberak waktu tengah malam. Lebih rela tahan sakit perut dari bangun keluar rumah n melepaskan hajat.. 



Tengok kakak tu, tidur sepanjang perjalanan. Penat sangat gayanya dia tidur tu. Langsung tak tersadar. Lena sungguh & Antidaa sangat lah jelesnya. 

sesampai di Ipoh, antidah cramp kaki sebab jammed. Ada kemalangan kecik je tp jammed dia tu mcm lori gas terbalik . 

Gua ke bukit ya nak panggil yang ni. Takpe lah. Sebenarnya nak ambik pic yang ada air terjun.. Lupa dah nama dia ape. Mula2 ingatkan hutan yang ditebang secara haram sebab nampak gondol dan berlorong di tengah2.. Rupanya Ummi bagitau yang itu adalah air terjun .. Subhanallah, tengah2 highway ada plak air terjun depan mata. kalau ikutkan hati memang nak cari air terjun tu. Tapi bukan itu tujuan asal meresah ke Utara kan..

 Perjalanan diteruskan lagi 
Nampak tak muka yang sangat kelaparan, bayangkan makan pagi terlupa terus ke tengahari, tempat makan semuanya penuh, kami berhenti berehat dan makan di Kepci je. 

bila dah sampai rumah opah, kami tidur dulu dan berehat, Sesudah itu malam barulah kami keluar pergi cari makan, tapi kakak super ekseted sebab dapat makan meesup. Anti makan biasa je Nasi Goreng berapi (tak pedas pun) 




30 Ogos 2015

Pepagi hari kakak Faqihah dan Kakak Damia dah bangun nak ikut opah pergi berniaga petai kat pasar pagi Kuala Kangsar. Pengalaman baru jugak bagi Antidaa, maklumlah biasa pergi pasar basah n pasar malam jek, niary pergi tengok opah menega plak. 

Nampak tak makanan orang utara tu, pepagi hari tak kira raya ataupun tidak, ketupat palas tu mesti ada. Siap dengan rendang dan jugak lemang tu. Tapi bagi Antidaa makanan macam ni lagi istimewa bila dimakan semasa hari raya. nikmat dia tu lain macam sikit. 

Lepas kita dah berjalan mencari ape yang patut kat pasar pagi, Paklong Awish ajak kami naik bot menyelusuri sungai Kuala Kangsar. Bayaran Dia tak semahal Cruise Putrajaya seorang cuma RM8 dan Kanak2 bawah 8 tahun percuma. Semua sekali naik, adik baby pun tak ketinggalan juga. 
Ni lah dia rombongan Tidaa menyelusuri Sungai Kuala Kangsar, Perak. 

Muka tu bukan sebab cuak ataupun takut ya, sebenarnya matahari pagi baru je nak berlabuh di ganti plak dengan sinaran sang suria menjelma lah tengahari.. memang panas terik masa tu. Tak tahan mata wpon angin sepoi-sepoi bahasa.. 

Kaka Faqihah dah tak sabar nak naik bot katanya. Sampaikan, pinpin tangan pun boleh terlepas dan dia menonong aje turun ke jeti . 

Ummi pertama kali naik bot ni katanya, walaupun dia orang Perak, tapi belum pernah cuba. Takpe kali ni kita naik sama-sama ya. 
Seronokgnya kakak dapat naik bot dan duduk sendirian, macam dah besar sangat lah tu ya !! 
Jom welfie ummi, kita nak menuj ke arah bawah jambatan Kuala Kangsar ni. 

Wahhhhhhh angin n sedapnya.... adik macam nk tido je gayanya tu... 
PERSIARAN SAYONG KUALA KANGSAR. . 

Tu Masjid DiRaja Kuala Kangsar, depan sikit Ada Istana Kuala Kangsar. Piv nya tak ingat dah lertak mana.. nanti cari balik. 

turun je bot budak2 request nak main belon yang opah belikan. Aishh kalau tak pikir umur dah banyak nak jugak men tiup belon ni. 

Okey jom balik.. Antidaa dah pent nak rehat plak. Besok nak berjalan jauh lagi.. Ke Penang kita .. 

Pantang pegang HP semua sebok nak selpie sama.. Kerumun budak2 macam semut hurung gula. 



31 Ogos 2015 

SELAMAT HARI MERDEKA, MALAYSIA YANG KE 58 TAHUN 

Semoga Malaysia menjadi lebih aman dan makmur seperti dulu kala. Walaupun Malaysia mengalami banyak gangguan dan mengalami penyusutan nilai Ringgit Malaysia, yakinlah ada jalan penyelesaian nya. Banyakan berdoa dan meminta dariNya supaya dijauhkan dari Malapetaka. Amin. 

Nampak tak macam gaya era sebelum merdeka, anak dara pergi ke sungai membasuh baju. sambil menikamti juada tengahari yang disediakan beramai-ramai. 


Lemak pucuk mulberi dengan keledek.
Ayam goreng tandoori.
Sambal Ketuk Tidaa berapi aduh enaknya.
sup bayam dan bebola ikan. 


Anak dara membasuh baju, 
Baju di basuh di tepi sungai, 
Selesai sudah membasuh baju, 
Mari kita menikmati juadah beramai-ramai. 


Jam 1845 petang ;

Kami memulakan perjalanan dari Taiping menuju ke Penang . Hujan turun dengan lebatnya dan kesesakan jalan raya akibat kemalangan. 

Macam mana tak berlanggar kalau memandu pecut 100 meter kat lorong kecemasan. Smeua orang nak cepat kot tapi jangan sampai menyudahkan orang lain lah. 
Kita selpi tapi kereta berhenti ya. jangan nak kecam Antidaa . 

Sampai sudah di Penang.. dua jam jugak lah redah hujan n sesak. Mujur nak cari Hotel tu tak usah. WAZE kan ade, Kita Waze aje sampai depan pintu hotel. 

rehat kejap jek, si kakak mintak na makan nasik. Mujur lah ummi dah siapkan bekalan untuk kita semua walaupon nasi kicap telur goreng dan sambal ketuk. Dapatlah penuhkan tong yang sedia kosong. Sedap lah ummi nasi dan telur ni, tapi kakak tak suka makan kicap. 















Hahhhh masa ni kami semua pergi berjalan-jalan ke Bukit Bendera.. Seronoknya sebab Ummi dah habis kerja jadi Antida seronok lah sebab adik tak nangis lagi.... Semua pun pakat seronok bersama-sama.. Sampai ke petang kami berjalan naik train, pergi ke lapang Kunci & Mangga, minum ais kachang, makan Rojak dan macam2 lagi aktiviti yang kami buat bersama-sama.. So lepas ni sape2 nak hired antidaa jadi pembantu peribadi waktu outstaton boleh lah call Antidaa aje ye. Servis terbaik bayaran setimpal ..











Cepat adik lari dari situ ... 


Kami dah kunci hati masing2 supaya kami kekal bersahabat selamanya. Sayang kamu .. 







Last day kami di Penang..

Semuanya menghabiskan masa yang ade dengan berjalan kaki ke kawasan berhampiran. Kam pergi makan nasi kandar, Nasi Arab dan lepas tu kami jalan keliling penang dengan jalan kaki baru berangkat balik ke Taiping sebelum ke Putrajaya..






Singgah bengkel motor paksu kat Taiping ni. Lepas tu kita jumpa mak dan barulah boleh balik ke Putrajaya ..


Semua nya telah kembali ke rumah masing-masing..