Assalamualaikum semua,
Diam tak diam dah 17 hari rupanya umat islam menyambut puasa. Begitu juga dengan Huda. Sehari pun belom lagi 'tuang'. Alhamdulillah setakat ni, rasa penat tu biasa-biasa sahaja. Cuma CikMud belum ade lagi mari. entah kenapa plak tahun ni mood berpuasa melebihi mood raya.
macam t jugak keluarga kat Johor. baru-baru ni ade juga tanya khabar, persiapam menjelang raya, nak raya.. Sama juga, jawapannya..
CikMud tak mari lagi.. Ermm agaknya sebab Huda tak balik kampung kot kali ni tu sebab semuanya lesu tak bermaya.
untuk keluarga di sana, jangan risau kali ni amek cuti awal sikit sebab nak tolong mama kemaskan rumah, pasangkan langsir baru.. (kita dah jahitkan mama langsir baru tahun ni.. harap2 mama suka), gosok baju raya untuk semua. Ma, tahun ni dapat siapkan baju raya untuk setiap sorang sepasang aje, Masa tak cukup lah nak buat banyak2. Insyaallah gantikan pada Raya Haji nanti ya.. mintak maaf banyak2. Kesian kakak, kain pasang yang dia belikan tak dapat pakai kali ini. Ni semuanya gara-gara CikMud.. Kalau dia mari awal sikit dapat lah merasa 2 helai.
Kita layan ajelah juadah iftar semalam. Buat yang sesimple yang boleh.. Sepanjang berpuasa ni, lauk semua masak sendiri. Kalau beli pun kuih muih manis sahaja.
Mee Soto Ayam
Sumber : Dapur Mama
1/2 ekor ayam ( huda guna kepak dan peha)
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
2 kuntum bunga cengkih
1 batang kayu manis
2 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
1/2 kg mee kuning
20sen taugeh
Daun bawang & daun sup
Bawang goreng
Sambal kicap
1L air
Minyak untuk menumis
Garam secukupnya
Cara-cara :-
Tumbuk bawang besar, bawang putih dan halia hingga lumat. panaskan minyak, tumis rempah 4 sekawan, kemudian masukkan bahan yang ditumbuk halus. Sesudah naik bau, masukkan 1 liter air untuk kuahnya. Mendidih, masukkan pula ayam dan biarkan ayam masak sepenuhmya. Tambahkan garam apabilah sup telah mendidih. Taburkan daun sup, daun bawang, bawang goreng dan bergedil. Sedia untuk disajikan. Sedap juga dimakan dengan sambal kicap ataupun cili jeruk.
Kita tengok pulak resepi bergedil kentang.
Bergedil Kentang
Sumber : Dapur Mama
3 biji kentang (digoreng)
Daun Sup & Daun bawang
Bawang goreng
Lada sulah
Garam
1 biji telur (untuk disalut ketika goreng)
Cara-cara :-
Kentang dilecek hingga lumat, kemudian masukkan daun sup & daun bawang,bawang goreng, lada sulah dan sedikit garam. Gaul rata. bulat2 kan seperti bola kecil. Kemudian kocok telur dalam mangkuk lain dan sedia untuk di goreng. Setelah kekuningan bolehlah diangkat dan dimakan bersama dengan mee soto tadi..
Selamat mencuba..
P/S : Boleh juga di buat untuk sahur..
3 comments:
baleh jua buat untuk sesaudara islam ini
nak skekkkk...ahaks...hahaha
Lain klai saya jemput kamu semua datang makan ya.. jemput tak datang siap!! piap ! piap !
Post a Comment