Wednesday, 11 December 2013

11.12.13 (11 Disember 2013)

Salam sayang semua, 

Cantik bukan tarikh hari ni 11.12.13.... mesti ramai yang pilih tarikh ni untuk melangsungkan Perkahwinan mcm Che Ta dan Zain Saidin yang memilih tarikh hari ni sebagai tarikh penyatuan dua hati .. Semoga Kekal ke akhir hayat dan berbahagia .. 

Tak ketinggalan juga adik saya memilih tarikh hari ni untuk merisik sekaligus bertunang.. Tahniah adik.. Jagalah batas pergaulan bila dah mejadi tunangan orang nanti.. Jangan terlampau bebas bila orang tua merestui perhubungan itu, Jagalah sampai ke pernikahan nanti. Walaupon kau melangkah bendul 3, kami merestuinya. Jodoh kau dah sampai.. harap itu yang terbaik ... 

Bagi yang menyambut hari lahir hari ni, Selamat hari Lahir dan mudah-mudahan diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki seta dipelihara daripada segala keburukkan. 

Tersentuh hati tatkala mendengar perkhabaran sang adik akan bertunang pada hari ini 11.12.13 selepas Asar nanti. Kalau kau menghantar perkhabaran cepat mungkin aku akan balik untuk meraikan juga detik ini. Nak tengok bagaimana rupa sekuntum bunga jagaan ayah disunting si kumbang jantan. Mesti gembira tidak kepalang kan sang ayah melihat bunga yang dijaga rapi akan dipetik tidak lama lagi, lebih-lebih lagi ia merupakan kesayangan sang ayah. Bukan si kakak dan si abang tidak mahu berkahwin, cuma percaturan Sang Pencipta belum sampai kepada kami. Janganlah engkau berduka wahai sang ayah. Pasti yang terbaik telah tersirat untuk kami. Kami perlukan doamu untuk kami mengecapinya. 

Semoga dipermudahkan urusan kau.. 


Semoga semuanya berjalan seperti yang dirancang .. 


Friday, 6 December 2013

Akan tibakah hari dan detik itu..

Selamat Malam.... 

Daro pagi sampai ke malam... sejuk dan mendung sahaja di luar .. Hujan dari semalam yang mencurah tidak menunjukkan tanda mau berhenti (macam dalam novel pulak). Begitu jugak dengan hatiku yang sepi dan mendung.. 

Kalau dulu, orang berbicara soal hati, sikit pun tidak terasa akan kesunyian itu... tapi bila umur meningkat dewasa dari hari ke hari.. dan semakin ramai yang mendirikkan rumah tangga baru terasa kesunyian itu memang amatlah tidak seronoknya. 

Ya, aku memang nak kawin tp mungkin jodoh untuk aku belum sampai dan Percaturan di Atas Sana pasti ada yang lebih baik. kalau korang tanya aku kenapa tak cuba untuk mencari ? 

jawapannya : 

aku dah malas dengan kerenah manusia yang suka ambil kesempatan. Bukan nak kata diri aku ni baik sangat tapi setiap manusia di muka bumi ini pasti inginkan yang terbaik kan.. 

Memilih?
* mungkin tidak.. tapi untuk kebaikkan diri sendiri harus juga.. 

Hensem ?
* Jangan terlampau, nanti susah nak jaga. cukuplah hanya sedap mata yang memandang.. 

Alim @ Waraq ? 
*Wajib. Supaya dia boleh membimbing aku yang naif dan lemah .. 

Ber'uang' ?
* Bukan beruang tp harus ada kerjaya. Macam mana nak tanggung anak bini keluarga kalau tidak bekerja kan. Kesian lah sang isteri kena sara suami. 

Kenderaan ? 
*cukuplah untuk keperluan asas. Zaman sekarang ni itu bukan kehendak tp dah jadi satu keperluan .. 

Bijak ? 
*Perlu untuk membimbing anak-anak dan isteri supaya tidak tersesat dari landasan 

romantik ? 
*Perlu untuk keharmonian rumahtangga 

Penyanyang ? 
*Juga penting supaya tidak akan ada penderaan dan juga kecederaan 


Bila tanya kepada mana-mana perempuan sekalipun pasti mereka inginkan kebahagiaan dalam rumahtangga. Begitu juga aku . bila kawan-kawan bercerita pasal rumahtangga , suami bla..bla..bla..bla..bla.. , naka saya mcm itu macam ini, kita seronok saja luarannya tapi di dalam ni.... di dalam hati yang kecil di antara jantung dan juga organ-organ lain memang ade sedikit kesedihan dan kesunyian. 

Kita nak bercerita pasal anak, sedangkan kahwin pun belum lagi, inikan pulak pasal keluarga. Nak tak nak terpaksa lah aku senyap dan senyum.. mana yang boleh bercerita tu kita tumpanglah sekaki.. Takkan nak tarik muka larikan diri pulak kan.. 

Jagalah hati dan persaan orang sekeliling kita ni, jangan hanya bercerita tentang keseronokkna kita, kita lupa akan orang sebelah kita yang memendam rasa. Tak salah nak kongsi, tapi jangan pula asik bercerita tentang suami dan anak-anak sahaja, memang tersinggung si bujang ni. Lebih lagi bila di baru sahaja putus cinta . 

Rindu dengan boyfren lain sebab kita nak jumpa, nak tengok dia, nak jalan bersama, nak berbual kata-kata romantis, nak mengadu, nak luah ape sahaja yang berlaku sehari-hari ... 

Rindu dengan suami memang belum lagi, tapi rindu untuk nak tahu siapa suami kita, nak ada keluarga mcam kawan-kawan lain, ada nak-anak, kerenah diorang, keleah diorang... Setakat ni aku cuma boleh tumpang kasih sayang anak-anak saudara dan juga ank angkat aku yang dua orang tu . Aisy dan Faqihah .. 

Rindu dengan mak lagi terasa bila kita berjauhan . Rindu dengan bebelan dia, rindu dengan marah dia, rindu dengan kasih sayang dia, rindu dengan airmata kegembiraan, rindu dengan air tangan dia, masakan dia, belaian dia, dan segala-galanya tentang ibu kita kita akan rindu.. (sambil menetes air mata rindukan mama aku) . Inilah hikmah bila aku berjauhan dengan keluarga aku, erti sebuah rindu. betul kata pepatah, bila berjauhan atau kehilangan baru kita akan terasa tidakwujudan seseorang itu. 


Senang hati bila tengok dia ceria macam ni...

Mama, setiap doa mama pasti akan jadi yang terbaik untuk anak-anak. Yul harap mama doakan untuk yul supaya bertemu jodoh dengan orang yang boleh bimbing yuyul bila bertumahtangga nanti .. doakan yang terbaik buat yul, ya ma. Setiap hari yul tak lupa untuk mendoakan mama agar kesihatan mama pulih, umur panjang, murah rezeki , bahagia dengan keluarga yang kita ada, dengan anak cucu menantu. 

Sekarang baru Yul tahu erti Rindu ma. 









Tuesday, 3 December 2013

Pening Kejap Dengan Karenah Orang

Selamat pagi, 

Memang agak lama kan tak berblog.. rasanya dekat sebulan jugak lah belog ni terbengkalai. bukan malas nak update tapi kekangan kerja yg melampau banyaknya dari orang-orang yang nak pencen ni.. 

Baru-baru ni ada seorang bakal pesara, mengamuk sebab aku tak hantar lagi dia punya dokumen. bukan sebab sabotaj ataupun ape, cuma dlm Sistem nama nya tersenarai dalam orang yang telah berpencen. So aku kenalah confirm balik dengan Main Power supaya nama dia tu di batalkan dan persaraan wajib yang sepatutnya tahun depan .

Nak dijadikan cerita, aku pun siapkanlah dokumen dia tu dengan segera, suruh dia turun tandatangan ja dah dekat 6petang. Xpelah aku tunggu ko dtg.. Lepas tu sempat pulak dia nak membebelkan aku sebab itulah inilah... bla.. bla.. bla.. bla... 

Ingatkan kenapalah dia nak suruh aku buat cepat-cepat, rupanya.... nak pergi ke Istanbul dengan geng-geng opis KATANYA !!!! Hko Ado .. Aku tak kesah lah ko nak ke oversea ke over the sea ke yang ko sesebuk nak duit ganjaran tu cepat buat ape, bukan nya boleh Advance dgn JPA pun.. ko kan nak pg Novemver lepas dan ko pencen kan Januari nanti.. 

Kecoh ... 

Yang Paling aku geram tu sebab sebelum ni partner aku dah kena dah.. mula nak Opsyen Wajib, xnak sambung Opsyen 60.. Dokumen pon berjalan lah mcm biasa, sekali dia datang dengan tidak bersalahnya cakap ''..... Sayaa nak pilih Opsyen 60, 2 tahun lagi....'' 
Dengan muka tak bersalahnya dia datang terkedek-kedek.. ''.... tak pelah awak suh lah JPA batalkan.. bukan susah pon kan... " humangai punyalah senang dia berkata-kata.. 

Kawan aku ni pun malas nak layan.... biokan ajerlah. 

Sekarang kena plak dekat aku ... 

Sabor ajerlah ... matikonak ..... 

Lama tak jumpa makcik yang seorang ni... 
p/s : 

Wednesday, 6 November 2013

SALAM MAAL HIJRAH 1435H




Salam Maal Hijrah buat semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia... 

Semoga di tahun baru ini membawa seribu keberkatan dan keharmonian dalam kehidupan seharian kita...

Semoga setiap apa yang kita lakukan akan di terima dan dipermudahkan segala urusan...


*Ya Allah Ya Tuhanku, aku memohon keredhaan dari-Mu dan memohon pada-Mu Permudahkanlah urusan ku di dunia dan di akhirat serta perkenankanlah Doaku Ya Allah.. 


Monday, 14 October 2013

APC 2012

Tahniah kepada semua yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ...

Seperti tahun-tahun sebelumnya.. muka ni jugaklah yang akan menjadi Urus dan setia dengan agenda tahunan bagi Perbendaharaan Malaysia. Tak kesah lah, dapat ke tidak ke yang penting aku bersyukur sangat sebab masih lagi di berikan peluang untuk berkhidmat untuk negara ayat tak ble angs seyh .

Mungkin pada tahun ni rezeki untuk aku takde lagi, tp pada kawan-kawan yang terdekat tu, di ucapkan tahniah sekali lagi dan kekalkan momentom korang yang terbaik ini pada masa akan datang dan seterusnya korang mestilah menjadi contoh kepada kami semua..

Jom kita tengok aksimaksiseksi kami semua selepas acara berlangsung.. kenapa bukan semasa acara berlangsung.. Sebab aku di tugaskan sebagai penyedia folder bagi acara kemuncak ini, dan pagi ni kami diminta untuk membantu rakan yang lain di meja pendaftaran penerima anugerah.

TAHNIAH KHAIRUL MUZAMIL BIN ABDUL KADIR, MOHAMAD SHAHDAN BIN MAHMOOD, ZAINOREN BIN MOHD BAKREN, SUHAIMIM BIN ABDULLAH DAN NOR AZIMAH BINTI SHAHUDIN . PENERIMA APC BAGI SEKSYEN PSM 2012

Untuk menghiburkan hati yang sedih tak dapat memenrima APC tahun ni jom kita bergedik santai kejap dengan gambar2 yang ada ni...


Add caption

rose merah

Posing lagi

dan lagi

lepas ni kami tak lepaskan peluang amik gambar beramai-ramai ....

tak tahan tengok aksi yang satu ni... .

Terimalah ros merah ini..

Lambang persahabatan kita... 
Jangan gosip kami ya.. kami cuma teman sepejabat sahaja...
Kami .. Urus Setia yang setia bersama ..
Bersungguh-sungguh genggam bunga tu ya Mazailiza
Mana yang sempat  je kami berposing

Sempat lagi nak berposing sambil berdiri atas kerusi

cerah lah pulak aku dalam ni... No Edit-edit okay.. Asli Lho !!
Lunch bersama boss angkat ..
Tahniah.. Dadan, Cik Mim (rezki bertukaq ) dan Melly a.k.a Muzamil


Kepada Cik Suhaimim, tahniah dapat pertukaran ke Penang, berbaloi pernantian selama 3 tahun memohon pertukaran. 

Kepada Sadan, rezeki kamu melimpah selepas berkahwin ni.

Dan kepada Mel, makaseh ya belanja kami Domino's Pizza lepas dapat APC tu.

Kawan-kawan yang lain, selamat maju jaya. Kita cuba dan usaha lagi di masa depan. In Shaa Allah kita juga akan merasai jika kita diberikan peluang dan jangan berhenti berusaha setakat tahun ni sahaja. 

p/s : positif, positif, positif kan minda anda .. Selamat Hari Raya Aidiladha 


Monday, 7 October 2013

Marina Bay Sand ~ Singapore

Entry yang lama tertunggak.. Sangatttttt lamaaaaaaaaa 
Masa ni kalau tak silap balik cuti sempena Pilihanraya Umum ke-13 Mei lalu. 
Kebetulan nak hantar barang dan juga sesaja jalan sebabkan dah lama tak masuk Singapore kan, jadi amek kesempatan utnuk mengikut 2 org mansia ni lah !! Lepas tu boleh pulak terlepas kan hajat sebut nak naik MRT. 
Sebenarnya main sebut jer, 

waktu ni MRT dari Ang Mo Kio menuju ke Yio Chu Kang 

Me:  "lama dah aku tak naik MRT kak, entah bilalah aku dapat naik MRT lagi kan"? .. 

Kakak : "Hngko ni asik terasa-terasa je semuanya kalau lalu depan ea! Kalau nak naik sangat aku bentikan ko kat mana2 station ko turun.."

Me: "Alah, ko kan selalu je boleh masuk, aku kan balik sekali sekali, ape salahnya kalau aku cakap jer ..." (konon tarik muka nak merajuk lah.. )

Kakak: "Tarik muka lah tu, aku sepitkan muncung kat pintu baru tahu ..." 

      Merajuk aku sampai kat rumah tante safiah..  tandelah merajuk sangat tapi sentap lah jugak bila keinginan tak dipenuhi....

Dah sampai kat Ang Mo Kio Ave 3.. 9rumah tante piah) 

 Kakak: "Ade budak tu majuk tante sebab tak dapat nak naik MRT!! Kejap nak makan Murtabak Geylang lah, kejap nak naik MRT lah,.. Kalau boleh ape yang dia nak semuanya nak naik dalam satu masa... " 

Me: " Tak yah lah nak bilang kat semua orang. (nada merajuk lagi). Kalau taknak bawak naik sudahlah nanti aku datang naik train sendiri aje, tak payah suh ko bawak aku naik .. 

Tante Piah :"Tak yah merajuk-merajuk.. ni tante dah belikan kamu murtabak daging gn murtabak ayam .. 1 kasi pada mak awak yg lain tu bawak nbalik KL.. 

(okey senyum *\_____________/* lebor sebab kompom murtabak dah dapoat dalam genggaman) 

Cuzen Murni : "Kakak, try lah tye maktam (me) kalau  dia nak ikut naik train malam ni kita pergi mayinabesen .. " 

Kakak : "Ehhh maktam, ko nak naik train tak ? Kalau nak jom, murni nak ajak g tengok Kapal tergantung kat Marina"

Me : ''Yeaaaaayyyyyyyy" sambil lompat bintang ke udara... bila bila bila nak g ni.. ekseted lah.. tapi naik MRT kan, tapi xde EzLink camner .. 

Tante Paiah : '' Don't worry, ni tante dah standby kan duit gn card, kalau tak cukup duit kamu g topup ojey.. tapi kenalah pulangkan balik !!''

Me :"Thank You tante, tapi IKhlas pun pg sekali kan naik train... "

(wahhhhh hepinya sebab dalam satu hari dapat murtabak n dapat naik train sekali....yippeyyy yippeyyy yayyyayayyaaaaa)





 Marina Bay Sand .....

Semua nak macam cicak
 
Twinnie of Them
 
Bukti yang saya dah sampai di Marina Bay Sand
 
Laser Show @ night ! Super Nice...
 
Mereka juga ada bersama !!
 
Lepek dinding kayak cicak !!
 
Muka-muka keterujaan !!

Bertepuk bertampar pulak dua beradik ni.. 

Ikhlas n Ummi..

My New Earphone !!

Sista's with new balloon.. 

Ikhlas sleepy...

Ehhhh... nak jugak dia ni.. 

Kuat tak saya..

Terror hanya dengan sejari saja.. kerek !!

Laser

saya nak menari chakpong boleh tak kakak ??

Puteri Hang Keypoh !!

Ummi with new Hairband..



Tak boleh nak lepak lama sangat sebab si Ikhlas dah tido , lagipun hunyai renyai dah mula turun soooo kami semua gerak balik lah... 

bila nak balik semula ke train station kena ikut jalan lain pulak.. 

Tak dapat nak naik ke kapal tergantung tu lalu di jambatan hotel dia pun jadiklah.. 

Best gila...macam lalu kat hotel yang dbina dengan EMAS! Berghelip ghleip cahaya kat dalam hotel tu.. patotlah sewa bilik untuk semalaman cecah beribu ringgit.. memang berbaloi lah akalau dapat menginap kat hotel tu... atas sekali kat deck kapal tu ade CASINO dan POOL View yang amat cantik sekali .. 

Meh singgah jamu mata sekejap kat dalam shopping mall dia pun jadiklah.. 


Peace !!

Sesak semak walaupon dah pukul 10.00 pm

Pening nak pilih laluan mana satu ....

Tumpang posing kat bontot model ni pun jadiklah.. 

Kesian, haus bebenor......

Masyaallah.... arghhhhhhh legaaaaaaaa

ice Blended yang tak begitu menepati citarasa aku wpon free

Say kemekkkkkkkkkkk !!!! 



 Ermmmm yang ni masa ondaway nak ke Marinabeysen.. 



Ummi......

kenapa ummi kat luar.... sob sob sob sob

Senyum ajerlah walaopon terpaksa berdiri !!

biar betul makcik2 aku ni.... 

Celak tiak pon boleh jugak amek pic aku achu ni tau ... 

Fuhhhhhhh.... nasib tak bau ketiak tu..

Nape ummi sorang kat luar, nanti kena tinggal train...
Thank You sooo much too my beloved kakak yang layan pale otak adik dia yang gonjeng mereng sengal semput ni... 

Len kali aku plak bawak ko jenjalan kat Kolumpo ea.. tapi ko penuhkan lah poket ko dulu yerk !!