Wednesday, 11 December 2013

11.12.13 (11 Disember 2013)

Salam sayang semua, 

Cantik bukan tarikh hari ni 11.12.13.... mesti ramai yang pilih tarikh ni untuk melangsungkan Perkahwinan mcm Che Ta dan Zain Saidin yang memilih tarikh hari ni sebagai tarikh penyatuan dua hati .. Semoga Kekal ke akhir hayat dan berbahagia .. 

Tak ketinggalan juga adik saya memilih tarikh hari ni untuk merisik sekaligus bertunang.. Tahniah adik.. Jagalah batas pergaulan bila dah mejadi tunangan orang nanti.. Jangan terlampau bebas bila orang tua merestui perhubungan itu, Jagalah sampai ke pernikahan nanti. Walaupon kau melangkah bendul 3, kami merestuinya. Jodoh kau dah sampai.. harap itu yang terbaik ... 

Bagi yang menyambut hari lahir hari ni, Selamat hari Lahir dan mudah-mudahan diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki seta dipelihara daripada segala keburukkan. 

Tersentuh hati tatkala mendengar perkhabaran sang adik akan bertunang pada hari ini 11.12.13 selepas Asar nanti. Kalau kau menghantar perkhabaran cepat mungkin aku akan balik untuk meraikan juga detik ini. Nak tengok bagaimana rupa sekuntum bunga jagaan ayah disunting si kumbang jantan. Mesti gembira tidak kepalang kan sang ayah melihat bunga yang dijaga rapi akan dipetik tidak lama lagi, lebih-lebih lagi ia merupakan kesayangan sang ayah. Bukan si kakak dan si abang tidak mahu berkahwin, cuma percaturan Sang Pencipta belum sampai kepada kami. Janganlah engkau berduka wahai sang ayah. Pasti yang terbaik telah tersirat untuk kami. Kami perlukan doamu untuk kami mengecapinya. 

Semoga dipermudahkan urusan kau.. 


Semoga semuanya berjalan seperti yang dirancang .. 


No comments: