Wednesday, 11 December 2013

11.12.13 (11 Disember 2013)

Salam sayang semua, 

Cantik bukan tarikh hari ni 11.12.13.... mesti ramai yang pilih tarikh ni untuk melangsungkan Perkahwinan mcm Che Ta dan Zain Saidin yang memilih tarikh hari ni sebagai tarikh penyatuan dua hati .. Semoga Kekal ke akhir hayat dan berbahagia .. 

Tak ketinggalan juga adik saya memilih tarikh hari ni untuk merisik sekaligus bertunang.. Tahniah adik.. Jagalah batas pergaulan bila dah mejadi tunangan orang nanti.. Jangan terlampau bebas bila orang tua merestui perhubungan itu, Jagalah sampai ke pernikahan nanti. Walaupon kau melangkah bendul 3, kami merestuinya. Jodoh kau dah sampai.. harap itu yang terbaik ... 

Bagi yang menyambut hari lahir hari ni, Selamat hari Lahir dan mudah-mudahan diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki seta dipelihara daripada segala keburukkan. 

Tersentuh hati tatkala mendengar perkhabaran sang adik akan bertunang pada hari ini 11.12.13 selepas Asar nanti. Kalau kau menghantar perkhabaran cepat mungkin aku akan balik untuk meraikan juga detik ini. Nak tengok bagaimana rupa sekuntum bunga jagaan ayah disunting si kumbang jantan. Mesti gembira tidak kepalang kan sang ayah melihat bunga yang dijaga rapi akan dipetik tidak lama lagi, lebih-lebih lagi ia merupakan kesayangan sang ayah. Bukan si kakak dan si abang tidak mahu berkahwin, cuma percaturan Sang Pencipta belum sampai kepada kami. Janganlah engkau berduka wahai sang ayah. Pasti yang terbaik telah tersirat untuk kami. Kami perlukan doamu untuk kami mengecapinya. 

Semoga dipermudahkan urusan kau.. 


Semoga semuanya berjalan seperti yang dirancang .. 


Friday, 6 December 2013

Akan tibakah hari dan detik itu..

Selamat Malam.... 

Daro pagi sampai ke malam... sejuk dan mendung sahaja di luar .. Hujan dari semalam yang mencurah tidak menunjukkan tanda mau berhenti (macam dalam novel pulak). Begitu jugak dengan hatiku yang sepi dan mendung.. 

Kalau dulu, orang berbicara soal hati, sikit pun tidak terasa akan kesunyian itu... tapi bila umur meningkat dewasa dari hari ke hari.. dan semakin ramai yang mendirikkan rumah tangga baru terasa kesunyian itu memang amatlah tidak seronoknya. 

Ya, aku memang nak kawin tp mungkin jodoh untuk aku belum sampai dan Percaturan di Atas Sana pasti ada yang lebih baik. kalau korang tanya aku kenapa tak cuba untuk mencari ? 

jawapannya : 

aku dah malas dengan kerenah manusia yang suka ambil kesempatan. Bukan nak kata diri aku ni baik sangat tapi setiap manusia di muka bumi ini pasti inginkan yang terbaik kan.. 

Memilih?
* mungkin tidak.. tapi untuk kebaikkan diri sendiri harus juga.. 

Hensem ?
* Jangan terlampau, nanti susah nak jaga. cukuplah hanya sedap mata yang memandang.. 

Alim @ Waraq ? 
*Wajib. Supaya dia boleh membimbing aku yang naif dan lemah .. 

Ber'uang' ?
* Bukan beruang tp harus ada kerjaya. Macam mana nak tanggung anak bini keluarga kalau tidak bekerja kan. Kesian lah sang isteri kena sara suami. 

Kenderaan ? 
*cukuplah untuk keperluan asas. Zaman sekarang ni itu bukan kehendak tp dah jadi satu keperluan .. 

Bijak ? 
*Perlu untuk membimbing anak-anak dan isteri supaya tidak tersesat dari landasan 

romantik ? 
*Perlu untuk keharmonian rumahtangga 

Penyanyang ? 
*Juga penting supaya tidak akan ada penderaan dan juga kecederaan 


Bila tanya kepada mana-mana perempuan sekalipun pasti mereka inginkan kebahagiaan dalam rumahtangga. Begitu juga aku . bila kawan-kawan bercerita pasal rumahtangga , suami bla..bla..bla..bla..bla.. , naka saya mcm itu macam ini, kita seronok saja luarannya tapi di dalam ni.... di dalam hati yang kecil di antara jantung dan juga organ-organ lain memang ade sedikit kesedihan dan kesunyian. 

Kita nak bercerita pasal anak, sedangkan kahwin pun belum lagi, inikan pulak pasal keluarga. Nak tak nak terpaksa lah aku senyap dan senyum.. mana yang boleh bercerita tu kita tumpanglah sekaki.. Takkan nak tarik muka larikan diri pulak kan.. 

Jagalah hati dan persaan orang sekeliling kita ni, jangan hanya bercerita tentang keseronokkna kita, kita lupa akan orang sebelah kita yang memendam rasa. Tak salah nak kongsi, tapi jangan pula asik bercerita tentang suami dan anak-anak sahaja, memang tersinggung si bujang ni. Lebih lagi bila di baru sahaja putus cinta . 

Rindu dengan boyfren lain sebab kita nak jumpa, nak tengok dia, nak jalan bersama, nak berbual kata-kata romantis, nak mengadu, nak luah ape sahaja yang berlaku sehari-hari ... 

Rindu dengan suami memang belum lagi, tapi rindu untuk nak tahu siapa suami kita, nak ada keluarga mcam kawan-kawan lain, ada nak-anak, kerenah diorang, keleah diorang... Setakat ni aku cuma boleh tumpang kasih sayang anak-anak saudara dan juga ank angkat aku yang dua orang tu . Aisy dan Faqihah .. 

Rindu dengan mak lagi terasa bila kita berjauhan . Rindu dengan bebelan dia, rindu dengan marah dia, rindu dengan kasih sayang dia, rindu dengan airmata kegembiraan, rindu dengan air tangan dia, masakan dia, belaian dia, dan segala-galanya tentang ibu kita kita akan rindu.. (sambil menetes air mata rindukan mama aku) . Inilah hikmah bila aku berjauhan dengan keluarga aku, erti sebuah rindu. betul kata pepatah, bila berjauhan atau kehilangan baru kita akan terasa tidakwujudan seseorang itu. 


Senang hati bila tengok dia ceria macam ni...

Mama, setiap doa mama pasti akan jadi yang terbaik untuk anak-anak. Yul harap mama doakan untuk yul supaya bertemu jodoh dengan orang yang boleh bimbing yuyul bila bertumahtangga nanti .. doakan yang terbaik buat yul, ya ma. Setiap hari yul tak lupa untuk mendoakan mama agar kesihatan mama pulih, umur panjang, murah rezeki , bahagia dengan keluarga yang kita ada, dengan anak cucu menantu. 

Sekarang baru Yul tahu erti Rindu ma. 









Tuesday, 3 December 2013

Pening Kejap Dengan Karenah Orang

Selamat pagi, 

Memang agak lama kan tak berblog.. rasanya dekat sebulan jugak lah belog ni terbengkalai. bukan malas nak update tapi kekangan kerja yg melampau banyaknya dari orang-orang yang nak pencen ni.. 

Baru-baru ni ada seorang bakal pesara, mengamuk sebab aku tak hantar lagi dia punya dokumen. bukan sebab sabotaj ataupun ape, cuma dlm Sistem nama nya tersenarai dalam orang yang telah berpencen. So aku kenalah confirm balik dengan Main Power supaya nama dia tu di batalkan dan persaraan wajib yang sepatutnya tahun depan .

Nak dijadikan cerita, aku pun siapkanlah dokumen dia tu dengan segera, suruh dia turun tandatangan ja dah dekat 6petang. Xpelah aku tunggu ko dtg.. Lepas tu sempat pulak dia nak membebelkan aku sebab itulah inilah... bla.. bla.. bla.. bla... 

Ingatkan kenapalah dia nak suruh aku buat cepat-cepat, rupanya.... nak pergi ke Istanbul dengan geng-geng opis KATANYA !!!! Hko Ado .. Aku tak kesah lah ko nak ke oversea ke over the sea ke yang ko sesebuk nak duit ganjaran tu cepat buat ape, bukan nya boleh Advance dgn JPA pun.. ko kan nak pg Novemver lepas dan ko pencen kan Januari nanti.. 

Kecoh ... 

Yang Paling aku geram tu sebab sebelum ni partner aku dah kena dah.. mula nak Opsyen Wajib, xnak sambung Opsyen 60.. Dokumen pon berjalan lah mcm biasa, sekali dia datang dengan tidak bersalahnya cakap ''..... Sayaa nak pilih Opsyen 60, 2 tahun lagi....'' 
Dengan muka tak bersalahnya dia datang terkedek-kedek.. ''.... tak pelah awak suh lah JPA batalkan.. bukan susah pon kan... " humangai punyalah senang dia berkata-kata.. 

Kawan aku ni pun malas nak layan.... biokan ajerlah. 

Sekarang kena plak dekat aku ... 

Sabor ajerlah ... matikonak ..... 

Lama tak jumpa makcik yang seorang ni... 
p/s :