Friday, 12 September 2014

Di Sudut Hati Kecilku...

Kalau korang ada dekat tempat aku ape yang korang rasa.. Memang betul, tiap orang tu tak sama perasaan dan rasa yang mereka tanggung.. Tapi pada aku kalau tiap hari buat cerita yang sama, kisah yang sama, sapa tak terasa lebih-lebih lagi aku ni masih bujang a.k.a belum kawin. Berapa umur aku !! Tak lama lagi nak menyambut hari lahir yang ke -28 tahun. 

Mula-mula tu memang lah ekseted kalau kita tahu yang kawan kita akan menimang cahaya mata kan, lebih-lebih lagi kalau dia kawin dalam tempoh 2 tahun. Tapi kalau dah hari-hari cerita yang sama aku yang tak kwin ni pun leh rasa jelak, jemu, meluat pun ade. 

Ya aku jelesh. Jelesh yang amat sangat... Sebab aku jugak ade perasaan yang sama macam ko, nak merasa mengandung, ada suami yang jaga. Tapi bukan rezeki aku untuk merasa semua itu.  Belum lagi dijodohkan oleh Nya. Aku serah kan semuanya pada takdir ALLAH. Bukan aku tak berusaha cuma belum sampai masanya untuk aku melalui semua itu. 

Mungkin untuk hayat ni, aku tidak berpeluang untuk menikmati keluarga, aku PASTI janji ALLAH itu Benar, mungkin ade jodoh untuk aku di Sana nanti. In Shaa Allah .

 Ya Allah Ya Tuhan ku, Aku mohon pada mu ya ALLAH, berikanlah aku kesempatan untuk berumah tangga dan mempunyai zuriat serta seorang lelaki yang menjadi suami dan juga menjadi ketua rumahtangga yang menyayangi aku serta bakal anak-anaku yang lahir dari rahimku ya Allah. Berikanlah aku seorang lelaki yang boleh melengkapkan kekuranganku dan jadikanlah aku pelengkap kepada kekurangannya ya ALLAH . AKu jua ingin sebuah keluarga yang harmoni untuk bekalan ku di akhirat nanti !! Hanya padaMu aku berserah, hanya padaMu aku meminta ya Allah... Kau kuatkan lah hatiku , tabahkan lah hatiku ya Allah agar aku dapat menempuh kehidupan yang penuh cabaran. Jauhkan lah aku dari kemaksiatan, lindungilah aku daripada malapetakaMu Ya Allah. Jauhkan lah aku dari seksa api nerakamu. Amin.

Pada sahabatku yang berbahagia ketika ini, ketahuilah olehmu bahawa ada insan lain yang sedang memendam rasa. Mungkin di luaranya kau nampakkan seperti tiada apa yang berlaku, namun adakah kau pasti yang mereka itu seperti mu yang sedang berbahagia. Mungkin hari ini kau bahgia, namun esok kita tidak tahu lagi bahagia itu masih bersama atau pergi jauh meninggalkan kita. 



Kami ibarat sebuah keluarga... ianya bermula dari sebuah persahabatan 




Thursday, 11 September 2014



Ibarat secawan Teh Panas.. 

Manis di dasarnya...

 Keruh di tengah dan jernih di permukaan..

 Bila ia disatukan barulah lengkap rasa..

 Manis kelat dan sedap.. 

Begitu juga kehidupan aku...

 Tidak selamanya ia keruh, tidak juga ia manis...

 Ada kalanya ia kelat tidak berperasa.. 

Sebagai manusia biasa, kita tidak lepas dari masalah...

 Percayalah, Allah menguji seorang hambanya kerana DIA yakin, hambanya kuat .. 

Dan aku terpilih atas ujian-Nya...

Redha dan terus redha atas ketentuan ini.. 


#akuredha #YaAllah #iniujianbagiku #Muhasabahdiri #perbaikidiri

Wednesday, 10 September 2014

Happy Birthday Mama yang ke-56 Tahun

31.03.1958 - 31.03.2014 
Alhamdulillah genap usia mama ku yang ke 56 Tahun.. 
Syukur ke padaMu Ya Allah, engkau panjangkan umur mamaku.. 
Berikan kesihatan yang baik kepadanya.. 
Berikan kami peluang untuk bermesra dan bermanja denganya..
Berikan kami kesempatan untuk berbakti kepadanya..
Berikan kami Masa untuk bersama-sama meluangkan masa dengannya..
Berikan kami sekeluarga berkumpul dengannya.. 


Besday Gurl.... 

Kayu sebagai penampat sampan.. 

 Sambil menanti kedatangan makanan yang di oder, jom kita tinjau panorama malam kat Kampung senibong ni.. 
Kebetulan kami dapat meja tepi sekali, jadi boleh lah mencuci mata.. 


 Singapura..... 
Kalau korang nak tau, yang terang benderang tu pelantar minyak Singapore. 
Kawasan mana tu tak pasti lah sebab, bukan pakar geografi.. 

Gerai No. 6 pilihan seafood dan ikan fresh 

Kalau nak suh pilih memang tak terpilih lah sebab tak tau nak pilih yang mana satu.
Ikan dari segala macam tok nenek ikan ade, sekecik pinggan sampailah sebesar kuali...
Ketam dari yang ketam jenis rencong atau jenis yang menggerutu macam batu kerikil pun ada..
Korang standby ajelah $$$$$$ .... Jangan sampai bangkrap sudah...

budak dua ni memang mcm ni... pantang 


Kemain lagi makpak aku ni.. berbisik-bisik 

Pantang... Pantang hp kat tangan 


Satay ni memang marbeles.. secocok 70sen besar2 mengkal... 

Bismillah.. jemput makan semua 

Kerapu siakap senohong jenahak....  













Nampak tak appak kat depan tu.. saje je tinggalkan mama kat belakang 

Nanti kita datang lagi... 

Muachhhhhhhhhhhh 


Terselit pulak si kumbang sekor 

Sambil tu kita Peace dulu ....

Woiiii memasing pandang kamera mana...



Mama nak kemana, paking keta tempat lain... 

Sambil jenjalan makan-makan, nak balik tu singgah lah gerai-gerai yang ade.. 
Ikutkan hati nak beli tapi bila pikir balik, barang dah ade kat rumah masih boleh pakai.. kenapa nak beli baru.. 
Kalau lah boleh undur kan masa kan... 
Memang aku beli dah charger yang soploh hengget tu.. 
Sebab ape tau, hurmmm balik rumah charge hp sekali cabut terputus daa... 
hampeh tol... 
Time aku memerlukan time tu lah ade yang jual charger untuk iphone5.. 
meraung memang nak lah time tu, pakkal je ade tamu kat rumah...
Kalau tak dan dan aku jerit cacimakisushimaki... 
Kenalah tunggu kedai bukak kul 12 tghari...
Mujur ade, kalau tidak sampai ke Putrajaya lah aku sepi tanpa HP... 


Ketika Aku Diperlukan...

Assalam semua...

Memang lama tak menyinggah sebab kekangan kerja...

Tapi hari ni aku cuba utnuk meluahkan ape yang aku rasa ...

Ingin di kongsikan di Facebook rasanya tak sesuai...

Ingin dikongsikan di IG juga tidak perlu rasaya ...

Last aku ambil kepetusan letak saja caption di WeChat...

Memang tak tau nak mulakan  dari mana, tapi bila aku simpan lama-lama aku yang akan sakit...

Sakit hati, sakit jiwa, sakit otak dan sakit seluruhnya...

Bukan aku nak mengungkit tapi cubalah ingat balik waktu mula-mula kau himpit aku...

Berjanji dan berjanji dan terus berjanji...

Dari mula kau hadir sampai lah kau dapat ...

Dari hari pertama hinggalah ke hari ini...

Ape yang kau dah beri bukan aku minta, tapi kau yang meminta dari aku...

Aku bukan mintak sampai habis gaji kau...

aku masih ade lagi rasa belas...

Aku masih lagi ada sifat perikemanusiaan ...

Aku mintak apa yang aku perlukan aje...

Tapi, tiap kali aku mintak pada kau pasti kau akan kaitkan orang lain dalam cerita kita ni...

Kenapa ?? Aku tak mau orang lain berkait dengan aku...

Ini antara aku dan engkau...

Hal ko dengan dia, sikit pun aku tak mau amek tau...

Tu kau uruskan sendiri...

Kalau ko tak dapat hutang dari dia jangan ko suh aku apatkan untuk kau ...

Sedangkan aku punya sendiri pun tak dapat dari kau, takkan aku nak mintakkan untuk kau pulak kan...

Tolong lah jadi manusia yang berpegang pada janji, sebelum ko dapat macam-macam yang kau janjikan...

Bila kau dah dapat takkan kaku nak buat-buat lupa, atau kau memang dah ade niat nak buat meamng sampai lupa...

Lepas itu kau nak mengungkit, sebab kau pernah tolong aku dan kau nak buat lupa apa yang kau dapat ke...

Tak mengapalah kalau kau nak buat-buat lupa.. ko jangan lupa yang Allah sentiasa ada untuk orang teraniaya macam aku...

Kebaikkan yang aku berikan tapi tuba yang kau siramkan utnuk aku...

Ingat ya, setiap apa yang kau buat tu aku ingat sampai bila-bila...

untuk kali ni aku susah tak apa, jangan sampai aku mendoakan yang tak baik untuk kau..


#Air yang dicincang takkan putus#

#begitulah juga dengan adik-beradik#

#aku susah orang tolong, orang susah aku tolong#

#berbudi biar selalu, tapi jangan tergadai budi#

#Ukur baju di badan sendir, tak mampu jangan beli#


Sentiasa senyum walau ribut melanda