Friday, 12 September 2014

Di Sudut Hati Kecilku...

Kalau korang ada dekat tempat aku ape yang korang rasa.. Memang betul, tiap orang tu tak sama perasaan dan rasa yang mereka tanggung.. Tapi pada aku kalau tiap hari buat cerita yang sama, kisah yang sama, sapa tak terasa lebih-lebih lagi aku ni masih bujang a.k.a belum kawin. Berapa umur aku !! Tak lama lagi nak menyambut hari lahir yang ke -28 tahun. 

Mula-mula tu memang lah ekseted kalau kita tahu yang kawan kita akan menimang cahaya mata kan, lebih-lebih lagi kalau dia kawin dalam tempoh 2 tahun. Tapi kalau dah hari-hari cerita yang sama aku yang tak kwin ni pun leh rasa jelak, jemu, meluat pun ade. 

Ya aku jelesh. Jelesh yang amat sangat... Sebab aku jugak ade perasaan yang sama macam ko, nak merasa mengandung, ada suami yang jaga. Tapi bukan rezeki aku untuk merasa semua itu.  Belum lagi dijodohkan oleh Nya. Aku serah kan semuanya pada takdir ALLAH. Bukan aku tak berusaha cuma belum sampai masanya untuk aku melalui semua itu. 

Mungkin untuk hayat ni, aku tidak berpeluang untuk menikmati keluarga, aku PASTI janji ALLAH itu Benar, mungkin ade jodoh untuk aku di Sana nanti. In Shaa Allah .

 Ya Allah Ya Tuhan ku, Aku mohon pada mu ya ALLAH, berikanlah aku kesempatan untuk berumah tangga dan mempunyai zuriat serta seorang lelaki yang menjadi suami dan juga menjadi ketua rumahtangga yang menyayangi aku serta bakal anak-anaku yang lahir dari rahimku ya Allah. Berikanlah aku seorang lelaki yang boleh melengkapkan kekuranganku dan jadikanlah aku pelengkap kepada kekurangannya ya ALLAH . AKu jua ingin sebuah keluarga yang harmoni untuk bekalan ku di akhirat nanti !! Hanya padaMu aku berserah, hanya padaMu aku meminta ya Allah... Kau kuatkan lah hatiku , tabahkan lah hatiku ya Allah agar aku dapat menempuh kehidupan yang penuh cabaran. Jauhkan lah aku dari kemaksiatan, lindungilah aku daripada malapetakaMu Ya Allah. Jauhkan lah aku dari seksa api nerakamu. Amin.

Pada sahabatku yang berbahagia ketika ini, ketahuilah olehmu bahawa ada insan lain yang sedang memendam rasa. Mungkin di luaranya kau nampakkan seperti tiada apa yang berlaku, namun adakah kau pasti yang mereka itu seperti mu yang sedang berbahagia. Mungkin hari ini kau bahgia, namun esok kita tidak tahu lagi bahagia itu masih bersama atau pergi jauh meninggalkan kita. 



Kami ibarat sebuah keluarga... ianya bermula dari sebuah persahabatan 




No comments: