Thursday, 29 November 2012

Langit Merah & 'Si Dia' datang

Lama tak hapdet sebab ade pelawanan badminton .. yang tu gambar dia kat entry lain.. 

Berbalik pada tajuk entry pat atas tu.. 

Cenggini citernya ... 

Semalam pas balik lawan badminton antara Lavender yang kalah tu LWN Marvel yang hebat tu lebih kurang kul 7.30 malam . Balik terus mandi sebab dah peluhpeley berpeluh. Pening tengok rumah yang bersepah haruk kurang kemas, dan kemas ala kadar (kemalasan lebih + letih) terus terbaring pan TV sambil layan citer AKASIA TV3. Sambil lena sambil baca novel Siapa Orang Gajiku Yang Ini  . 

Masa tu tak rasa takut pun, tapi bile jarum jam dah cecah ke angka 00:00 malam hati ni tetiba rasa tak sedap bila nagin yang sepoi-sepoi bahasa mula kuat dan mendayu-dayu <mcm lagu puak>, kilat pastu guruh kat langit mula menunjukkan kehebatan masing-masing mulalah hati ni tak sedap.. Apalgi angkatlah kaki masuk bilik beradu tidur dam tarik selimut. 

Masa nak pejam mata tu terasa yang malam ni langit cerah semacam, pandang sekali lagi tengok langit dah bertukar kaler merah pon. ''Malam ni mesti hujan lebat'.. 

 Tak sampai seminit hujan mencurah dengan lebat.

''Adoii mesti sejuk malam ni, janganlah aku semput. bukan ada orrang lain dalam rumah, Nini dah pindah.. dengan sapa aku nak mintak tolong ni''. 

Berkira nak tidur dengan lampu terpasang ke nak tutup aje lampu ni.. 

"Takpelah, tido lampu padam, sejuk .. memang lena lah kan tido".. 

Ingatkan dapatlah tido lena, tapi bila nak tutup mata rasa tak sedap plak.. Nak tido tapi rase takot. Nak menagis pun ade.. tapi sape nak tenangkan.. 

bukannya ade orang tido kat sebelah.. susah sangat mata ni nak pejam. Tak tahu kenapa. 

Tapi, tiba-tiba..... 


Telinga ni berdesing, pastu rase berat kat badan terutamanya bahagian badan ke atas.. lepas tu, mata tak pejam rapat nampak pulak asap berkepul hujung katil.. rupanya 'Si Dia' yang nak muncul.. 

'Si Dia' tu maksudnya makhluk halus ciptaan Allah swt. atau lebih tepat lagi gangguan jin dan syaitan laknatullah.. 

Masa tu memang tak boleh nak buat apelah, hanya boleh sebut Ya Allah. Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah sampailah rase lepas dan bebas.. memang takot lah nak pejam mata semula. Kalau boleh taknak tidur sampai suboh.

Hanya Allah swt sahaja yang tahu kenapa dan apa yang terjadi. setiap perkara yang berlaku pasti ada maksud disebaliknya. 

Syukur, hari ini aku masih lagi bernyawa dan bernafas. Kadang kala kita tak perasan setiap ujian yang diturunkan, sebaiknya dekatkanlah diri kepada-NYA sedekat-dekatnya. Hanya dengan cara itu kita tidak berasa rugi dan lalai. 


Akibat daripada tu, mata ni asik nak melekat aje, mengantuk yang amat sangatt.Lepas kerja ni nak balik.. buat ape yang patut dulu lepas tu nak tidur.. Hilangkan kelat .. 


** Kepada kumpulan Orange & All Black yang akan berentap petang ni semoga berjaya. Hanya dapat doa kan dari kejauhan sahaja..  



Lebih kurang macam ni lah langit tengah malam tadi. Allah Hu Akbar. 
 
p/s : peringatan juga kepada diri sendiri.. Jangan lalai dengan suruhanNYA. 

Friday, 9 November 2012

Sakit Perut & Panjat Bukit Broga ! !


N3 ni dah lama .. Kalau tak silap dalam bulan 7 xtvt ni kami jalankan.. 
cuma sekarang baru ada mase nak update. Kalau tidak semua akan ada 
dalam draft box aje.. 

Entahlah, kali ni malas tu menguasai kerajinan aku.. Tapi dalam pada malas tu xtvt ni berjalan seperti yang dirancangkan.

Kami berkumpul di lobi pada jam 5.15 pagi, bergerak ke sana tepat 5.30 pagi. Dan kami singgah di Petronas berhampiran untuk bersolat subuh jam 5.45pagi..

Tepat jam 615pagi kami sampai di tempat letak kertea Bukit Broga 
yang dijaga oleh tuan Ladang yang berbangsa cina. Bayaran paking dikenakan cuma RM2 sahaja.

Amat berbaloi. Kira ade sukarelawan jugak yang jaga. Malas nak cerita panjang jom kita tengok panorama memanjat Bukit Broga. 

Masa : 5.30 pagi 

Tempat : Bukit Broga, Semenyih

Tarikh : 7 Julai 2012

Kami berkumpul sebelum mulakan perjalanan. Azly selaku ketua kami.

Nampak tak keletihan di situ.. Pengsan!!

Penat ! tapi mesti teruskan jugak.

entah yang ke berapa kali benti untuk senap pic.

amat bermakna sokongan padu dari kawan-kawan. Thankz u olls

Akhirnya !!!!! Kami tiba ke puncak bukit !! 
                                       

Semua ada... 
                                   
nak turun pun menguji minda. steady lah kak ila. 
cerun bukit yang agak mencabar jugak.. 

Outdoor shooting perkahwinan Angkasawan negara.
Kasut jugak yang di tinggalkannya.. Ishk ishk ishk..

Sebenarnya banyak lagi gambar yang nak upload tapi tak sempat lah.. tunggulah, kalau kalau ade N3 yang ke-2 plak ke..

 Harap-harap kesegaran dan kehijauan bukit ni terpelihara. 
Banyak tempat yang menarik kat hutan batu
Kuala Lumpur ni, tapi belum diterokai oleh kami aja.


P/S : Next : Percutian bajet kami... 













Monday, 22 October 2012

Obesiti Tahap 1

Kalau tengok pada entry kat atas tu mesti ingat aku ni gemokkkk sangat kan.. 

tapi memang betul pun.. Kalau ikutkan dengan ketinggian aku yang cuma 

151cm dan berat aku yang 60kg ++ tu memang di kira OBES..

Tp kak misi kata ni baru tahap 1 dik.. jangan risau.. 

boleh turunkan lagi sehingga 10kg.. kalau ikutkan BMI awak ni 30.1 memang 

awal lagi tp kalau nak dapat ideal kena tinggi lagi, kurang-kurang 160cm.. 

sekati jek akak misi tu,"akak misi, kalau dah baka ketot tu, makan kacang 

pun takkan tinggi punyalah ".. "a'ahkan dik, ko memang baka rendah lah".. 

sempat lagi tu nak kenakan aku ... 

APA !!!! 10 KG... kak misi ni gila hape, kalau dia bilang turun 1~2kg dulu 

takpe ni terus 10Kg ..

Hamek Ko tu lah lahap makan tak hengat punya kan dah kena sound tepek

kat muka . Padan muka ko yuyul.. lain kali makan ingat orang belakang.. 

(belakang mane ade orang, kan duk rumah sensorang) .. 

Itu istilah ajelah cik yuyul ooi.. 

Sewaktu bercuti di Port Dickson

Lepas ni ingat yul, ko kena diet jangan nak asik melantak makan 

mentahkedarah aje .. ingat2 sikit badan tu.. Dah macam tong deram dah.. 

(sedapkan hati sikit, bia semangat nak mguruskan badan) .. Kalau rasa-rasa 

nak jadi bobbuilder buldozer makan lah, tak yah sekat2 tekak tu.. pastu 

mgadu badan tembamBOm lah, gemuklah, berat lah, susah nak jalan lah, dan 

lah lah lah yang seangkatan dengannya.. 


jom layan ape yang aku makan hujung minggu lepas .... 

meehoon goreng santai

Ni makanan anak jawa, sebab ade tahu sambal kicap.. Sangat pebret kalau takde lauk..

sambal tumis 3rangkai

3in1- sotong, ikan selar kuning goreng dan udang sambal tumis. teringat zaman kecik2 dulu .. tak ketinggalan kicap manis.. Ermmmdap..
















p/s : Akan berdiet karbohidrat mulai bulan depan. Entah bila lah bulan depan tu.. 











Thursday, 11 October 2012

Bukan Kehendak Aku....

Hari ni mood berubah dari okey sangat  sangat tak okey. Fikiran pun entah kemana lah.. 
Bukan nak melawan takdir tapi itulah takdir yang perlu aku tempuh. 
Kadangkala rasa takdir untuk aku ni memang tak adil, kebahagiaan yang aku milikki tak pernah berpanjangan tapi itu kehendak dan ketentuan ILAHI yang diuji untuk aku tempuhi.. 

Benar ..... Jodoh Pertemuan Ajal Dan Maut ditentukan olehNYA, hanya kami yang merancang.. Tapi perancang yang disusun rapi telah pun ditetapkan. Walaupun perancangan serapi mungkin, namun jika tidak diizinkan pasti tidak akan berlaku jua.. 

Aku pasrah Ya Allah, andai itu takdir buatku, namun kupinta kepadaMu.. dengarlah permintaan hatiku ini untuk diberikan yang  terbaik buatku.. Ku rela lepaskan mu pergi dan kutitipkan doa buat kalian agar berbahagia sehingga ke akhirnya..
Andai kita berjodoh nanti, kita bertemu di syurga abadi.. 

"SELAMAT PENGANTIN BARU " 
BUAT AZHAR DAN SYIKIN.. 
IKHLAS DARI SAHABAT MU YUYUL.. 

Ikhlas buat kalian 


Wednesday, 10 October 2012

HBP~PESUMA MOF

Selamat Pagi....


Yuhuuuuu. Pagi ker?? Ehhh dAh tengahari pun.. Sedar tak sedar dah masuk bulan Oktober kan..
Ermmm lama jgak kan tak update, sejak kebelakangan ni sibuk sikit lah.. kerja yang menimbun dan jugak boss yang tengah cuti separuh gaji..
kami anak-anak buah dia sibuk buat kerja boos.. kesian kan kita !!!

Pulak sekarang ni ada majlis yang sedang berlangsung kat opis, lagilah bertambah bizinya..
10 Oktober 2012 sehingga 12 Oktober 2012 berlangsunglah Hari Bersama Pelanggan yang dijalankan oleh Seksyen Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Kewangan Malaysia Putrajaya..

Pada kawan-kawan yang berada kat MOF boleh lah datang semak buku perkhidmatan dan menyemak apa-apa yang berkaitan dengan servis korang yang sedang berkhidmat dalam sektor awam..

Pelbagai kaunter yang disediakan untuk pengunjung yang hadir dan juga hadiah menarik menanti anda.
Jangan lepaskan peluang yang ada..

Diantara booth2 yang disediakan antaranya : 

  1. Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) - Urusan Kaunter @ e-Pelanggan 
  2. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) - Perihal Pencen 
  3. Bank Muamalat - Pengeluaran Awal Wang Ganjaran 
  4. Lembaga Tabung Haji - Buka Akaun 
  5. Pusat Pungutan Zakat   (PPZ) - Khidmat bayaran pungutan zakat 
  6. Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) - Semakan cukai pendapatan 
  7. Agensi Kaunseling & Pengurusan Kreadit (AKPK) - bimbingan perundingan kewangan 
  8. Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA) - Semakan potongan gaji 
  9. Kementerian Kesihatan - Pemeriksaan Kesihatan (Jumaat Sahaja) 
  10. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri - Bimbingan pembangunan perniagaan 
  11. Institiut Keusahawanan Negara (INSKEN) - Pendidikan keusahawanan 

Cepat cepat, Hadiah misteri disediakan.. 



Penat dan kita relax kejap ... 





Thursday, 20 September 2012

KAWIN TAK KAWIN !!


Ajal maut jodoh pertemuan bukan kita yang uruskan.. Itu semua kerja maha pencipta. DIA lebih tah segala yang berlaku hari ini dan seterusnya. Siapa kita nak menidakkan apa yang berlaku. Sebagai manusia, kita cuma boleh berdoa,berdoa dan terus berdoa sehingga semuanaya dimakbulkan. 

Tapi sebagai hamba-NYA, kita tak lepas dari melakukan kesilapan dan kelalaian itulah yang menyebabkan kita tak dapat mengecapai apa yang kita nak. 

"Ya ALLAH Ya Tuhan ku, aku meminta dengan rasa rendah diri, agar mendengarkan rintihan hati ku ini. Pertemukanlah aku dengan JODOH yang kau hajati, yang boleh membimbingku ke arah jalan yang diredhai, yang boleh mengIMAMkan solat ku juga yang boleh menjaga diriku dan keluarga. Kau makbulkan permintaan ku ini Ya ALLAH. Amin Amin Amin.. " 

Sebab ape ada N3 mcm ni. bacalah statu FB sy kat bawah ni.. 

Tak padan dengan umo. ade hati nak kira yang kawin yang tak kawin lagi, pastu padan2 pulak. Kalau diorang kawin tu ko nak sponser ker ? Awak pun ade lagi yang belum kawin, jgn sibuk nak padan-padankan orang ..

#makbapakakupuntaksebok2suhkawin#
Like ·  · Promote · 27 minutes ago ·