Wednesday, 10 October 2012

HBP~PESUMA MOF

Selamat Pagi....


Yuhuuuuu. Pagi ker?? Ehhh dAh tengahari pun.. Sedar tak sedar dah masuk bulan Oktober kan..
Ermmm lama jgak kan tak update, sejak kebelakangan ni sibuk sikit lah.. kerja yang menimbun dan jugak boss yang tengah cuti separuh gaji..
kami anak-anak buah dia sibuk buat kerja boos.. kesian kan kita !!!

Pulak sekarang ni ada majlis yang sedang berlangsung kat opis, lagilah bertambah bizinya..
10 Oktober 2012 sehingga 12 Oktober 2012 berlangsunglah Hari Bersama Pelanggan yang dijalankan oleh Seksyen Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Kewangan Malaysia Putrajaya..

Pada kawan-kawan yang berada kat MOF boleh lah datang semak buku perkhidmatan dan menyemak apa-apa yang berkaitan dengan servis korang yang sedang berkhidmat dalam sektor awam..

Pelbagai kaunter yang disediakan untuk pengunjung yang hadir dan juga hadiah menarik menanti anda.
Jangan lepaskan peluang yang ada..

Diantara booth2 yang disediakan antaranya : 

  1. Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) - Urusan Kaunter @ e-Pelanggan 
  2. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) - Perihal Pencen 
  3. Bank Muamalat - Pengeluaran Awal Wang Ganjaran 
  4. Lembaga Tabung Haji - Buka Akaun 
  5. Pusat Pungutan Zakat   (PPZ) - Khidmat bayaran pungutan zakat 
  6. Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) - Semakan cukai pendapatan 
  7. Agensi Kaunseling & Pengurusan Kreadit (AKPK) - bimbingan perundingan kewangan 
  8. Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA) - Semakan potongan gaji 
  9. Kementerian Kesihatan - Pemeriksaan Kesihatan (Jumaat Sahaja) 
  10. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri - Bimbingan pembangunan perniagaan 
  11. Institiut Keusahawanan Negara (INSKEN) - Pendidikan keusahawanan 

Cepat cepat, Hadiah misteri disediakan.. 



Penat dan kita relax kejap ... 





No comments: