Monday, 22 October 2012

Obesiti Tahap 1

Kalau tengok pada entry kat atas tu mesti ingat aku ni gemokkkk sangat kan.. 

tapi memang betul pun.. Kalau ikutkan dengan ketinggian aku yang cuma 

151cm dan berat aku yang 60kg ++ tu memang di kira OBES..

Tp kak misi kata ni baru tahap 1 dik.. jangan risau.. 

boleh turunkan lagi sehingga 10kg.. kalau ikutkan BMI awak ni 30.1 memang 

awal lagi tp kalau nak dapat ideal kena tinggi lagi, kurang-kurang 160cm.. 

sekati jek akak misi tu,"akak misi, kalau dah baka ketot tu, makan kacang 

pun takkan tinggi punyalah ".. "a'ahkan dik, ko memang baka rendah lah".. 

sempat lagi tu nak kenakan aku ... 

APA !!!! 10 KG... kak misi ni gila hape, kalau dia bilang turun 1~2kg dulu 

takpe ni terus 10Kg ..

Hamek Ko tu lah lahap makan tak hengat punya kan dah kena sound tepek

kat muka . Padan muka ko yuyul.. lain kali makan ingat orang belakang.. 

(belakang mane ade orang, kan duk rumah sensorang) .. 

Itu istilah ajelah cik yuyul ooi.. 

Sewaktu bercuti di Port Dickson

Lepas ni ingat yul, ko kena diet jangan nak asik melantak makan 

mentahkedarah aje .. ingat2 sikit badan tu.. Dah macam tong deram dah.. 

(sedapkan hati sikit, bia semangat nak mguruskan badan) .. Kalau rasa-rasa 

nak jadi bobbuilder buldozer makan lah, tak yah sekat2 tekak tu.. pastu 

mgadu badan tembamBOm lah, gemuklah, berat lah, susah nak jalan lah, dan 

lah lah lah yang seangkatan dengannya.. 


jom layan ape yang aku makan hujung minggu lepas .... 

meehoon goreng santai

Ni makanan anak jawa, sebab ade tahu sambal kicap.. Sangat pebret kalau takde lauk..

sambal tumis 3rangkai

3in1- sotong, ikan selar kuning goreng dan udang sambal tumis. teringat zaman kecik2 dulu .. tak ketinggalan kicap manis.. Ermmmdap..
















p/s : Akan berdiet karbohidrat mulai bulan depan. Entah bila lah bulan depan tu.. 











Thursday, 11 October 2012

Bukan Kehendak Aku....

Hari ni mood berubah dari okey sangat  sangat tak okey. Fikiran pun entah kemana lah.. 
Bukan nak melawan takdir tapi itulah takdir yang perlu aku tempuh. 
Kadangkala rasa takdir untuk aku ni memang tak adil, kebahagiaan yang aku milikki tak pernah berpanjangan tapi itu kehendak dan ketentuan ILAHI yang diuji untuk aku tempuhi.. 

Benar ..... Jodoh Pertemuan Ajal Dan Maut ditentukan olehNYA, hanya kami yang merancang.. Tapi perancang yang disusun rapi telah pun ditetapkan. Walaupun perancangan serapi mungkin, namun jika tidak diizinkan pasti tidak akan berlaku jua.. 

Aku pasrah Ya Allah, andai itu takdir buatku, namun kupinta kepadaMu.. dengarlah permintaan hatiku ini untuk diberikan yang  terbaik buatku.. Ku rela lepaskan mu pergi dan kutitipkan doa buat kalian agar berbahagia sehingga ke akhirnya..
Andai kita berjodoh nanti, kita bertemu di syurga abadi.. 

"SELAMAT PENGANTIN BARU " 
BUAT AZHAR DAN SYIKIN.. 
IKHLAS DARI SAHABAT MU YUYUL.. 

Ikhlas buat kalian 


Wednesday, 10 October 2012

HBP~PESUMA MOF

Selamat Pagi....


Yuhuuuuu. Pagi ker?? Ehhh dAh tengahari pun.. Sedar tak sedar dah masuk bulan Oktober kan..
Ermmm lama jgak kan tak update, sejak kebelakangan ni sibuk sikit lah.. kerja yang menimbun dan jugak boss yang tengah cuti separuh gaji..
kami anak-anak buah dia sibuk buat kerja boos.. kesian kan kita !!!

Pulak sekarang ni ada majlis yang sedang berlangsung kat opis, lagilah bertambah bizinya..
10 Oktober 2012 sehingga 12 Oktober 2012 berlangsunglah Hari Bersama Pelanggan yang dijalankan oleh Seksyen Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Kewangan Malaysia Putrajaya..

Pada kawan-kawan yang berada kat MOF boleh lah datang semak buku perkhidmatan dan menyemak apa-apa yang berkaitan dengan servis korang yang sedang berkhidmat dalam sektor awam..

Pelbagai kaunter yang disediakan untuk pengunjung yang hadir dan juga hadiah menarik menanti anda.
Jangan lepaskan peluang yang ada..

Diantara booth2 yang disediakan antaranya : 

  1. Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) - Urusan Kaunter @ e-Pelanggan 
  2. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) - Perihal Pencen 
  3. Bank Muamalat - Pengeluaran Awal Wang Ganjaran 
  4. Lembaga Tabung Haji - Buka Akaun 
  5. Pusat Pungutan Zakat   (PPZ) - Khidmat bayaran pungutan zakat 
  6. Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) - Semakan cukai pendapatan 
  7. Agensi Kaunseling & Pengurusan Kreadit (AKPK) - bimbingan perundingan kewangan 
  8. Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA) - Semakan potongan gaji 
  9. Kementerian Kesihatan - Pemeriksaan Kesihatan (Jumaat Sahaja) 
  10. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri - Bimbingan pembangunan perniagaan 
  11. Institiut Keusahawanan Negara (INSKEN) - Pendidikan keusahawanan 

Cepat cepat, Hadiah misteri disediakan.. 



Penat dan kita relax kejap ...